Bercuti di Teluk Bahang Pulau Pinang

Teluk Bahang ialah salah satu destinasi pelancongan popular di Pulau Pinang. Lebih dikenali dengan panggilanTeluk Bahang Penang, terdapat beberapa tempat menarik selain pantai yang boleh dikunjungi disini.

Lokasi dan pengangkutan

Teluk Bahang terletak dibahagian barat laut Pulau Pinang, jarak lebih-kurang 21 KM dari Bandaraya Georgetown. Perjalanan dengan kereta dari pusat bandaraya ke Teluk Bahang mengambil masa kira-kira 40 minit. JIka menggunakan perkhidmatan awam, anda boleh menaiki:
1. Bas - Rapid Penang nombor 101 dan 102. Harga RM4.20.
2. Teksi - Harga RM35.

Ada beberapa tempat menarik yang harus dilawati jika bercuti di Teluk Bahang.

Taman Rimba Teluk Bahang
Taman Rimba ini terletak dalam Hutan Lipur Teluk Bahang iaitu salah satu Hutan Simpan Negeri Pulau Pinang. Ia adalah satu kawasan rekreasi yang cukup popular suatu masa dahulu. Sekarang tidak banyak yang tinggal. Namun ia masih menjadi lokasi perkelahan penduduk Pulau Pinang dan sesak dengan pengunjung di musim cuti sekolah. Ramai yang datang untuk beriadah, bersantai atau sekadar mengimbau kenangan di lokasi nostalgia ini.

Di Taman Rimba Teluk Bahang ini juga terdapat Muzium Perhutanan yang mempamerkan pelbagai subjek perhutanan seperti sejarah dan profail hutan, peralatan, hasil kayu, fauna dan macam-macam lagi. Dibuka dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Ahad. Ditutup setiap hari Jumaat. Bayaran masuk sebanyak RM1dikenakan.

Kemudahan yang disediakan di Taman Rimba Teluk Bahang ialah tapak perkhemahan, asrama, tandas, kolam mandi, jambatan gantung, taman permainan kanak-kanak dan pondok rehat. Untuk aktiviti perkhemahan, pengunjung mesti berhubung terlebih dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Disini juga terdapat trek mendaki Bukit Bendera dan empat trek jungle trekking lain bagi yang berminat dengan aktiviti pendakian.

Taman Rimba Teluk Bahang dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang.

Alamat:
Pejabat Renjer Hutan Barat Daya
Taman Rimba Teluk Bahang,
11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang.

The Escape Teluk Bahang
The Escape Teluk Bahang ialah sebuah taman tema yang semakin popular di Penang. Ia menyediakan berbagai aktiviti menyeronokkan untuk pengunjung dewasa dan juga kanak-kanak. Pastikan anda membawa pakaian sukan
dan kasut sukan. Selebihnya... anda hanya bergembira. Aktiviti dan permainan menarik ada di The Escape Teluk Bahang. Antaranya ialah:

Monkey Business - Permainan menarik dimana peserta boleh memanjat, meniti diatas tali dan mengimbangi badan.
Gecko Tower - Memanjat menara bagaikan gecko.
Tubby Racer - Menaiki tiub menuruni gelongsor yang sangat mengujakan.
Jumping Jack - Peserta boleh melompat, berpusing dan berbagai aksi lagi.
Jungle swinger - Berayun bagaikan Tarzan.
Kite Flyer - Anda berpeluang terbang bagaikan layang-layang. Permainan yang sangat mengujakan.
Tarzan's rope - Permainan Tarzan untuk kanak-kanak.
Kid's playroom - Tempat permainan kanak-kanak.
Zoom Bug - Permainan go kart untuk kanak-kanak.

Harga:
Dewasa : RM72.
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM50.
Warga emas (61-100+) : Percuma.
Alamat:
The Escape Teluk Bahang
828 Jalan Teluk Bahang,

Taman Negara Teluk Bahang
Taman Negara Teluk Bahang ialah tempat tarikan pelancongan alam semulajadi yang sangat popular di Penang. Ia merupakan kawasan hutan asli yang masih kekal terpelihara di kawasan Barat Daya Pulau Pinang. Tiada kemudahan penginapan disediakan. Pengunjung hanya boleh melawat secara harian sahaja. Aktiviti perkhemahan juga tidak dibenarkan melainkan untuk program pendidikan konservasi yang dijalankan oleh Taman Negara untuk sekolah ,kolej dan pusat pengajian tinggi tempatan.

Tarikan alam semulajadi di Taman Negara ini ialah hutan pamah dan bukit, hutan paya bakau dan lain-lain yang direkodkan melebihi 1,000 spesis termasuk Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae. Selain tumbuh-tumbuhan, pengunjung juga boleh melihat beberapa spesis binatang dan burung. Kemudahan rekreasi untuk pelawat disediakan di Pantai Kerachut, Teluk Tukun, Pasir Pandak, Teluk Aling, Teluk Duyung dan Rumah Api Muka Head.

Aktiviti di Taman Negara Teluk Bahang:
1. Perkhemahan.
2. Pemerhatian hidupan liar.
3. Merentasi titian kanopi.
4. Merentas hutan.
5. Berkayak menyusuri hutan paya bakau.
6. Mendaki bukit.

Alamat:
Taman Negara Pulau Pinang
Jalan Hassan Abbas
11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Selain tempat menarik yang dinyatakan diatas, terdapat beberapa aktiviti lain yang boleh dilakukan disini seperti:
1. Mandi laut.
2. Island cruises - Menyewa bot untuk meneroka kawasan teluk dan melihat tempat menarik disekitar Pulau
Pinang.
3. Melawat Taman Rama-rama di Jalan Teluk Bahang.
4. Melawat kilang batik di Teluk Bahang.
5. Jungle trekking atau menaiki bot ke Rumah Api di Muka Head.

Tarikan lain berhampiran Teluk Bahang Pengunjung juga boleh melakukan berbagai aktiviti lain yang menarik disekitar kawasan berhampiran Teluk Bahang seperti:
1. Memancing dipersisiran pantai.
2. Wind-surfing di Batu Ferringhi.
3. Parasailing di Batu Ferringhi.
4. Ferringhi Sidewalk Bazaar - Pasar Malam sepanjang jalan di Batu Ferringhi. Ia cukup meriah dengan gerai
yang menjual berbagai barangan.
5. Toys Museum - Muzium Permainan yang menyimpan berbagai figura dan permainan.
6. Tropical Spice Garden.
7. Tropical Fruit Farm.
8. Penang Botanical Garden.
9. Moonlight Bay's Wet World Wild.
10. Yahong Art Gallery.

Tempat makan di Teluk Bahang
JIka anda mencari tempat makan yang sedap di Teluk Bahang, dibawah adalah antara restoran dan gerai yang boleh anda tuju:
Restoran Ikan Bakar Seri Nelayan.
Restoran Becha Lama - Makanan tempatan dan barat.
Awang Burger Western Food.
Kedai Kak Ina.

Setakat ini dahulu yang dapat kami kangsikan. Bercuti di Teluk Bahang Penang sangat menyeronokkan. Berbagai aktiviti boleh dilakukan dan banyak tempat menarik yang boleh dilawati untuk memenuhi masa terluang. Pastikan anda membuat perancangan percutian yang teliti dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan barangan.

Right side block

Here you can enter some text to be shown on the right side. Similar content block is shown also on the left side.